
sebelum masak..
Aku alter sikit yang Ezzah punya sebab masa tu tak cukup bahan. But it turned out nice! Sedap!
Bahan-bahan:
Ayam (ari tu pakai 2 ketul je)
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (yang kuning punya)
lada hitam bijik (tumbuk) atau serbuk lada hitam
sos tiram
sos worchester Lea & Perrins (yg ni takda pun takpa rasanya)
lada sulah
1 biji limau kasturi (original was lemon)
garam
gula (sebab masa tu takda madu)
mix herbs, oregano (atau boleh guna herbs2 yg lain juga)
olive oil
utk sayur:
1 biji kentang
1/2 batang carrot
1 biji tomato
1/2 bawang besar kuning
Caranya:
1. tumbuk bawang putih, bawang besar, lada hitam
2. masuk dalam bekas ayam. Masukkan bahan-bahan lain sekali. perah limau. Lumurkan.
3. perap sekejap, aku perap 1 jam hari tu. perap lagi lama lagi sedap.
4. sebelum bakar, air lebihan perapan ayam tu, lumur kat sayur-sayuran tadi. susun sayur2 keliling ayam.
5. bakar ayam pada 180C - 200C selama 40 minit (ni ikut byk mana ayam lah). half way through, balikkan ayam.
selepas masak..
Sedap!

No comments:
Post a Comment